Oct 3, 2009

Cerpen : Maafkan Aku

Suatu pagi di tahun 2006.
Salam
Umair, kenapa kau senyap je sekarang? Lama betul tak sms aku? Kau ade problem ke?

Sebuah sms tiba-tiba menerjah masuk ke inbox. Sesaat aku terdiam memikirkannya. Terjemahan Al-Quran yang sedang dibaca, diletakkan ke tepi. Lalu jemariku mula menekan-nekan papan kekunci handphone 3310 ku.

Salam,
Takde la. Biasa je. Sibuk dengan SPM yang dah nak dekat kut.

Ye la nk SPM pn, takkanla sampai senyap macam ni. Pelik aku tengok ko sekarang, dah tak mesra macam dulu.


Alamak, macam mana la aku nak terang kat minah sorang ni. Ya Allah, bantulah aku menyampaikannya.

Alah, biasa je. Prasaan ko je kut. Em, ko tau aku clash kn?

Ade gak dengar. Tapi kau tak cakap apa-apa pun. Aku diam je la. Selalu kan kau cerita semua masalah kat aku. Kata kawan.

'Memang kau kawan aku. Tapi kau perempuan. Aku lelaki. Aku tak senang nak luahkan perasaan kat kau.' Kata-kata tu hanya terlintas di dalam hati.

Erm, kau tau kenapa aku clash kan..?



Tau. Kau clash sebab couple tu haram kan? Tapi takkanla sampai kawan dengan aku pun jadi haram jugak?

Alamak, nada dia ni dah lain macam.

Bukanla macam tu. Boleh je kawan. Kalau ada masalah study, leh je bincang. Nak tanya pendapat ke, leh je sms. Cuma aku takde la nak sms saje-saje. Gurau-gurau macam dulu.

Ye la. Macam tu sama je macam tak berkawan. Ape-ape la. Suka hati kau. Hilanglah seorang kawan..~~ ok..
Salam..
Aku tak bermaksud macam tu.

Tiada lagi mesej yang hadir.

Aku menarik nafas dalam-dalam.

Aduh..macam mana ni. Berat betul rasa hati ni. Ya Allah, aku tidak mahu menyakiti hati hamba-hambaMu namun aku khuatir andai aku tidak mampu menjaga hatiku. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahu bahawa kelemahanku adalah wanita. Aku tidak kuat menghadapi mereka. Berbicara dengan mereka sahaja menyebabkan hatiku berbunga-bunga. Dan aku tahu itu merupakan sebagian daripada zina. Sedangkan hati juga boleh berzina.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
[Sahih Muslim, hadith ke 2282.]

Aku malu Ya-Allah. Apabila berbicara denganMu ketika solat, hatiku tidak berbunga seperti itu. Ketika berdoa kepadaMu, hatiku tidak sebahagia ketika aku ber'SMS' dengan kekasihku dahulu. Malah di setiap saat dan ketika aku lebih banyak mengingati kekasihku daripadaMu. Sedangkan Engkau telah berfirman :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[63:9]

Ampuni aku Ya-Allah...



"Umair, kenapa kau termenung je ni?" Tanya Zulhakimi.

Aku memandang kepadanya. Masih terdiam.

Dia ni pengerusi Badan Dakwah dan Kerohanian (BDK) sekolah aku. Dulu dia ni antara orang yang aku cukup anti. Asyik-asyik ajak orang turun subuh, baca ma'thurat, tegur itu ini. Ramai juga yang tak suka dengan dia sebenarnya. Tapi sekarang dah jadi antara kawan-kawan yang selalu berbual dengan aku. Dan aku pun dah mula jadi macam dia. Tegur-tegur orang. Bagi tazkirah. Sampai kawan-kawan semua pun ramai yang pelik tengok aku. Siap yang anti aku pun dah ada. Sedangkan memberi peringatan itukan perintah Allah,

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
[51:55]

Dan kalau aku tak mengingatkan, nanti aku akan dipertanggungjawabkan:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
[7:164]

Mengapa mereka sebegitu sekali memusuhiku?

Aku dah berubah. Ya. Aku memang dah banyak berubah. Sejak dengar ceramah motivasi Kem PureBase Training Center untuk program kecemerlangan SPM SMAPL 2006 tu, aku memang betul-betul merasakan diri perlu berubah.


*****

Penceramah itu seorang doktor perubatan biasa, namun ceramahnya penuh dengan ayat Al-Quran dan hadith. Seolah-olah dia menghafal Al-Quran! Yang membuatkan aku amat tertarik, dia menyatakan dengan spesifik di mana ayat Al-Quran itu terletak di dalam Al-Quran. Gayanya tidak ubah seperti Dr. Zakir Naik yang amat aku kagumi.

Aku amat terkesan dengan kata-katanya,
"Sekarang ni umat Islam amat jauh daripada Al-Quran. Dan ini memang strategi orang kafir. Mereka menjauhkan umat Islam daripada Al-Quran. Tahu apa yang jadi pada orang-orang yang tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan? Syaitan akan menjadi teman karibnya. Ni bukan saya yang kata, Allah yang kata. Lihat dalam surah Az-Zukhruf, Surah ke-43, ayat ke-36. Hah, kamu, tolong bacakan."

Tiba-tiba dia point kat aku.


Aku pun baca lah,
Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), Kami adakan baginya setan (yang menyesatkan) maka setan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.
[43:36]

'Ya Allah, lama aku tak jadikan Al-Quran sebagai teman. Adakah sebab tu aku banyak betul buat maksiat?' Detik hatiku.

Doktor itu menyambung,
"Sebenarnya ramai orang yang ada sekarang ni pandai ilmu agama. Ramai yang sekolah agama. Ramai yang dah tahu halal haram. Tapi kenapa mereka masih bermaksiat? Kenapa kemungkaran masih bermaharajalela? Kerana tiada Da'i yang muncul untuk memberi peringatan. Semuanya takut untuk bersuara. Tiada yang kemudiannya bersungguh-sungguh untuk mentarbiyah ummat yang kita semakin rosak. Bila kita terus ikut hawa nafsu, dan menjadikannya tuhan, maka Allah akan membiarkan kita sesat. Cuba kita sama-sama hayati surah Aj-Jatsiah, surah ke-45, ayat ke-23."

Alif yang berada di sebelahku membacakannya:
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
[45:23]

Entah kenapa ayat itu amat-amat menusuk ke dalam hatiku. Tiba-tiba mataku berair. Aku amat terkesima. Aku terbayang segala dosa-dosa yang aku dengan sesuka hati melakukannya. Mataku, apa yang telah aku lihat dengannya. Tanganku, untuk apa telah aku gunakan ia. Telingaku, apa yang telah aku dengar dengannya. Dan yang paling aku takuti, apakah aku akan disesatkan? Kerana bermaksiat kepadaNya dalam keadaan sedar. Sengaja memilih untuk bermaksiat? Astaghfirullah...mataku terus berair. Tanganku terus melaju mencatat ayat-ayat yang dibacakannya.

Selesai ceramahnya, aku mendekatinya.

"Doktor, tadi doktor kata, Allah akan sesatkan mereka yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan. Saya dah cuba menguasai diri, tapi selalu juga melakukan maksiat. Adakah Allah akan menyesatkan saya?"

Mataku semakin membanjir. Entah kenapa begitu lunak sekali hatiku ketika itu. Sambil memegang bahuku, dia berkata,

"Akh, orang bertaqwa tu bukannya orang yang tidak pernah melakukan dosa, tetapi dia adalah orang yang apabila melakukan dosa, dia melihat kesalahannya dan tidak mengulanginya lagi. Lihat ayat ni:
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
[3:133-135]

Maksudnya, mereka ni buat dosa tak? Buat kan? Tapi bila tersedar, mereka beristighfar, minta ampun daripada Allah dan tidak mengulanginya lagi.

"Saya menyesal, tapi selalu buat lagi."

"Akhi, kita kena berusaha meninggalkan maksiat yang kita lakukan. Setiap kali terfikir mengenainya, beristighfar, kan Allah kata dia akan menambahkan kekuatan kita apabila kita beristighfar? Tengok ayat ni:
Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa."
[11:52]
Jadi banyak-banyak beristighfar, insya-Allah nta akan mampu meninggalkan maksiat itu."

Aku terus menangis teresak-esak. Perasaan sedih, bahagia dan terharu bercampur-baur menjadi satu.Sedih, mengenangkan dosa yang dilakukan. Bahagia, kerana terlihat sedikit sinar di hujung laluan. Terharu, kerana masih ada manusia yang seperti doktor ini. Aku terus menangis tanpa menghiraukan puluhan mata yang memandang ke arahku. Di saat itu aku berazam untuk meninggalkan segala kemaksiatan yang masih kulakukan.


*****

Mataku tiba-tiba berair. Setiap kali mengenang peristiwa bersejarah itu pasti mataku akan berair. Hati bertahmid syukur kerana Allah memberi peluang untukku menyedari kesilapan dan meninggalkan maksiat yang kulakukan.

"Umair, kenapa kau menangis? Ada masalah ke? Ceritalah kat aku." Dia kembali bertanya. Semakin pelik dengan diriku yang tiba-tiba menangis.

"Takde la. Aku tengah fikir sesuatu. Susah betul nak berubah ni kan."

"Nak cari redha Allah memang susah. Banyak benda yang kita kena tinggalkan. Kan hadith sahih yang diriwayatkan oleh  Bukhari tu jelas. 'Dihiasi syurga itu dengan perkara-perkara yang dibenci. Dan dihiasi neraka itu dengan syahwat.' Dan memang banyak benda yang manusia suka tu adalah syahwat. Dan itu memang kita kena cuba jauhi."

"Betul cakap kau Kimi. Terima kasih kerana mengingatkan."

Zulhakimi tersenyum. Wajahnya begitu menenangkan. Agaknya inilah wajah orang yang dekat dengan Allah. Bersih, bercahaya lagi membahagiakan orang yang manatapnya. 'Ya Allah, kurniakan aku wajah yang bercahaya sepertinya.' Bisikku di dalam hati.

Fikiran tiba-tiba melayang ke peristiwa di dalam kelas tempoh hari.

*****

Aku  membuka loker buku di belakang, ada sekeping nota.

'Assalamu'alaikum. Lama betul tak dapat nota daripada awak. Kenapa, senyap je. Nota last saya awak tak reply pun?'

Aku dan Min ketika itu masih membahasakan diri dengan 'saya-awak'. Kami tidak kelihatan lebih daripada sekadar kawan biasa. Di dalam kelas tidak pernah bertegur sapa. Namun secara 'underground', kami sangat kerap berhubung. Aku yang memulakan tradisi ini. Aku menyelitkan nota kecil di dalam lokernya. Aku memulakan langkah untuk mendekatinya kerana ingin memenangi hatinya.

= = = = = = = = =
Assalamu'alaikum, saya ni tuan loker atas awak. Nak berkawan boleh?

Itulah kali pertama aku menghantar nota kepada seorang perempuan. Jantung aku amat berdebar-debar ketika itu. Macam nak tercabut pun ada. Mulanya aku dah nak kecewa sebab tiada reply keesokkan harinya.
Setiap kali ke loker aku berdebar-debar untuk membukanya. 'Dia dah reply belum ni?' Tetapi sehari sebelum cuti pertengahan tahun, tiba-tiba..

Wa'alaikumussalam. Boleh je. Kenapa, sebelum ni kita bukan kawan ke? Sorry tak reply sebelum ni. Nanti cuti kalau ada masa hantarlah email kat saya. Ni email saya:
si_gadis_itu@yahoo.com
Awak balik naik bas ke? Balik baik-baik ye. Selamat bercuti.
-
-->MIN-
Dia reply! Wah..tak tergambar kegembiraan aku masa tu. Berbunga-bunga habis hati.Sejak itu kami sering berbalas-balas nota.

Namun akhirnya kami hanya berakhir sebagai kawan. namun hatiku tetap berbunga-bunga setiap kali mendapat nota-nota daripadanya.
= = = = = = = = =
Nampaknya tindakkan aku mendiamkan diri tidak berjaya menyampaikan mesej yang jelas.

Wa'alaikumussalam.
Saya tak reply sebab macam rasa tak perlu pun. Tak penting pun kan? Lagipun susah nak jaga hati bila berinteraksi dengan awak. Awak pun tahu macam mana perasaan saya terhadap awak dulu kan. Sejak clash aritu saya dah banyak berubah. Maaflah, saya dah berubah. Saya bukan Umair yang dulu lagi. Kita masih kawan, tetapi takla macam dulu lagi. Nak mintak saya ajar addmath mungkin boleh la. Tapi baik awak mintak tolong Ain. Dia lagi pandai kan? Bukan ape, saya rasa dia lagi layak ajar awak. Dia perempuan, awak perempuan. Saya lelaki. Dalam Islam, lelaki dan perempuan sepatutnya tidak berinteraksi tanpa tujuan yang jelas. Sepatutnya kita yang belajar di Sekolah Menengah AGAMA Persekutuan ni amat memahami situasi ni. Jadi saya harap, kalau bukan ada apa-apa hal yang penting, tak perlulah awak hubungi saya ya. Maafkan saya andai selama ini ada tersilap kata atau tersalah bahasa.
Seorang kawan,
-UMAIR-

Keesokkannya dia hanya membalas dengan nota yang cukup pendek,

Ok. Saya faham. Lepas ni saya tak hubungi awak lagi. Ni nota terakhir.
Hilanglah seorang kawan...
Assalamualaikum.

-MIN-


*****

Beratnya hati menghadapi segala situasi ini. Meninggalkan sesuatu yang sudah mendarah daging di dalam jiwa merupakan sesuatu yang amat perit. Umpama hati ditoreh-toreh oleh pisau belati. Memang bahaya apabila dunia diletakkan di dalam hati. Kerana itu, biarlah ia hanya di tangan. Agar mudah kita mengurusnya.

Teringat kata-kata Al-Ghazali:
Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.

Ya Allah, bantulah aku untuk terus berubah mencari redhaMu. Tiada yang lebih indah daripada mendapat redhaMu. Seindah apapun kenikmatan dunia, jika Engkau tidak meredhainya, tentulah ia hanyalah sia-sia. Ya Allah, biarlah seluruh dunia membenciku, tetapi Engkau mencintaiku Ya Allah..

Maafkan aku wahai kawan-kawanku...tidak pernah terniat untuk menyakiti hati kalian. Tujuanku hanya mencari redha Allah. Kalian tetap adalah kawan-kawanku yang kucintai, sebagai muslim. Semoga kalian dibimbing oleh Allah ke jalan yang benar. Mohon doakan untuk diri ini juga.
-umairzulkefli-

Share

24 comments:

Amin Baek October 3, 2009 at 8:25 PM  

fuh...kish benar yang superb dr umair..alhamdulillah..
smoga aku juga beroleh kekuatan septi itu..huhu

Ashraf CeriTakaful October 4, 2009 at 2:09 AM  

again, kisah benar umer...

keep on d good work!

Abu Huzaifah October 4, 2009 at 10:29 AM  

amin,kalo eja slah jgan nk komen

umairzulkefli October 4, 2009 at 12:22 PM  

Cuma jangan tiru..cerita ni penulis bawak HP ke sekolah..huhu~~

'Abid Sakina October 4, 2009 at 10:26 PM  

Subhanallah..Alhamdulillah..

transformasi ke arah redha Allah..
Moga Allah sentiasa menjaga hati2 kita utk terus n tetap di jln yg DIA redhai..

hebat kisah ni..kerana ayat cinta Allah telah menyentuh hatinya :)

lama x singgah di sini, salam kemaafan di bln syawal~

hisyam_mujahid October 5, 2009 at 10:49 AM  

banyak tul pengalaman antum yek. pastu mampu digarap dalam bentuk cerpen yang sangat baik plak tuh.

alhamdulilah, ramai dapat manfaat dari cerpen antum.

SuMaiYyaH October 7, 2009 at 3:33 PM  

pengalaman awak sama dengan pengalaman saya cuma saya x couple..memang susah nak tinggalkan orag yang dah lam kita kenal..terutamanya yang rapat..tapi kena buat juga demi menjaga diri sebagai hamba Allah..Semoga istiqamah dalam berjuang

Ashraf CeriTakaful October 8, 2009 at 12:53 PM  

@sumaiyyah: xpaham ler ayat

'memang susah nak tinggalkan orag yang dah lam kita kenal..terutamanya yang rapat..'

bleh x sesiapa tolong terangkan ckit?

umairzulkefli October 11, 2009 at 11:04 PM  

to Ashraf: maksudnya tu, susah untuk meninggalkan mereka yang dah lama kita kenali..lagi-lagi apabila perasaan sudah mula memainkan peranan..

Apa-apapun...

"Sometimes, to do what's right, we need to let go of things, even it is our dream."
A nice quotation which similar to [2:216]

^_^

nursyuhadak October 21, 2009 at 10:13 AM  

hmm..bagus.cerita yang dapat menjadi pengajaran kpd semua pembaca.truskan berkarya.

faza4peace October 21, 2009 at 4:01 PM  

wwwuuuuuekkk

nak termuntah baca...

qqeqeqeqeqe

Unknown November 6, 2009 at 7:18 PM  

sungguh kagum dengan cerita2 awak especially pasal couple tu haram.. btw, semoga istiqamah

Anonymous,  June 2, 2010 at 2:29 AM  

SAYA BEGITU TERTARIK DENGAN CERITA2 AWK NI..SY BRU JE CLASH..SETELAH SY BC CERITA AWK NI, BARU SY SEDAR, ALLAH 2 MAHA PENYAYANG RUPANYA..ALLAH MASIH SYANGKN SAYA..SEBAB 2 TRJADINYA PERPISAHN ANTRA SAYA DAN DIA..MMG SY SGT SYGKN DIE..TP MUNGKIN NGN CARA CLASH, SY DPT DEKATKN DIRI DGN ALLAH..JODOH DITNTUKN OLEH ALLAH..SY YAKIN DAN PRCYA DENGAN KETENTUAN-NYA..SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI HIDUP SAYA NI..AMIN...

apies July 12, 2010 at 12:08 AM  

bgus gile ah ko.....nice2!bkn sng tu nk brubah...

NidzamYatimiRamli September 15, 2010 at 12:52 AM  

salam ziarah akhi...1st tym komen...Alhamdulillah, semoga ramai lagi pemuda-pemuda(termasuk diri ni) akan seddar hakikat hidup mencari redha Allah..minta utk d copy ye akh..

umiefull October 30, 2010 at 2:37 PM  

xsangka kan,
kem motivasi SPM tu jd turning point
ko skrg..

harap hati2 kita sentiasa terang utk terima kebaikan..

welcome2mylife April 23, 2011 at 12:05 AM  

assalamualaikum,
lebih kurang dengan kisah saya sebelum ni...saya tinggalkan semua yang saya cintai demiNYA,kerana cintaNYA lagi indah.....saat itu sya bertekad untuk berubah!kalau x skrg bila lagi?...kerana kita x tahu bila kita akan pergi menemuiNYA...

Miss Nabilah Ismail June 28, 2011 at 12:28 AM  

salam.. alhamdulillah.. thanks for this sharing.. sy mengalami pengalaman yang sama dgn umair. dan sy merasai betapa indahnya sebuah kehidupan tanpa cinta manusia yg datang sebelum cinta allah. allah menguji sy utk sy lebih dewasa dan muhasabah diri adakah cinta manusia itu kekal atau pun tidak.. sy telah merasai pahitnya cinta manusia dan alhamdulillah.. sy kini sedang mencari kemanisan CINTA ILAHI...

Travelog Nur October 29, 2011 at 1:52 PM  

perkongsian yang amat menarik..dan boleh menjadi teladan dan inspirasi kepada syabab&nisa'..

memang sukar untuk bermujahadah..tambah2 bila mengahadapi situasi sebegini. dan saya sendiri menghadapi. bak kata orang,biasalah bila umur semakin meningkat dewasa..kemahuan turut sama 'dewasa'.

berusaha dalam bermujahadah pasti natijahnya adalah yang bahagia..amin2

MABAJ92 June 12, 2012 at 4:40 PM  

HUHU...Tersentuh ana ngan ayat yang ikhlas dari hati...hampir ana mengalir air mata...Syukurlah Allah masih sayang kita...

cik afyqa January 19, 2016 at 7:20 AM  

Allahu satu kisa yg sgt mnyentuh hati ana..semoga penulis sentiasa di bawah lindungan Allah..amiin

ssrikandi November 14, 2016 at 10:52 PM  

Nice story, semoga lebih ramai akan mendapat manfaat daripadanya

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP