Oct 30, 2010

Bait Ad-Du'at : Dilema Akhwat

Terbaca sebuah post yang amat menyentuh sanubari ini. Tulisan salah seorang penggerak dakwah daripada sayap akhwat. Menceritakan tentang sebuah masalah yang menjadi dilema para akhwat sedari dahulu. Yakni hal jodoh. Diri ini terpanggil untuk membicarakan soal ini. Semoga penulisan ini mampu membawa sedikit pencerahan buat kita fikirkan bersama.



Lambakan Akhwat

Seperti yang dinukilkan di dalam blog akhwatmedic, sememangnya fenomena akhwat tidak menikah sedangkan usia semakin lanjut merupakan masalah yang sedari dahulu dialami oleh para akhwat dakwah, boleh dikatakan daripada mana-mana jemaah dakwah. Bukannya mereka ini tidak laku, namun kerana terdapat beberapa pertimbangan.

Menanti jodoh daripada kalangan ikhwah yang sefikrah. Dengan harapan dapat meneruskan perjuangan dakwah dengan lebih baik dan tidak terganggu. Kalau bernikah dengan lelaki yang bukan sefikrah, mereka tidak tahu bagaimana bentuk perjuangan yang kita perjuangkan. Bagaimana masa akhwat kita perlu pergunakan. Usrahnya, programnya, dan lain-lain. Mereka sukar untuk faham, sehingga gerakkan kita bakal terhambat. Apatah lagi jika pasangannya tidak ditarbiyah langsung. Jauh lebih huru-hara.

Lalu wujudlah keadaan seperti ‘resume’ permohonan nikah daripada pihak akhwat berganda-ganda daripada daripada ‘resume’ ikhwah. Sepengetahuan saya, pernah resume akhwat yang diterima adalah 18, tetapi di ikhwah cuma 4!!!

Dan juga kes-kes akhwat muda lebih cepat naik namanya untuk dijodohkan berbanding akhwat yang berusia.

Punca-Punca

Fenomena ini akan terus berlaku. Ini adalah sesuatu fakta yang perlu kita terima. Faktor-faktornya terkait rapat dengan keadaan umat manusia masa kini, terutamanya Umat Islam di Malaysia.

Masalah kebenaran keluarga
Kebiasaannya wanita lebih mudah mendapat kebenaran berbanding lelaki. Untuk lelaki lebih banyak pertimbangan yang dikenakan oleh keluarga. Perlu tunggu habis kuliah dahulu, tunggu ada kerja dahulu, tunggu bermacam itu dan ini lagi. Namun untuk wanita, biasanya lebih mudah untuk dibenarkan menikah. Bukan mereka yang perlu menghidupi keluarga, tetapi mereka yang akan dihidupi.

Wanita lebih ramai daripada lelaki
Statistik menunjukkan bilangan wanita sering melebihi bilangan lelaki di setiap peringkat.
Fenomena ini berlaku pada peringkat sekolah menengah lagi. Jika diamati Laporan Rancangan Malaysia ke-10 (RM Ke-10), pada tahun 2008 enrolmen lepasan sekolah menengah memang dikuasai pelajar wanita. Statistik menunjukkan 65.9 peratus enrolmen pelajar ialah wanita manakala lelaki hanya 34.1 peratus.

RM Ke-10 melaporkan, pada 2008 jumlah pemegang ijazah pertama dikuasai wanita iaitu 62.3 peratus berbanding lelaki 37.7 peratus. Pencapaian itu diperkukuhkan lagi dengan 52.7 peratus pemegang ijazah sarjana adalah wanita manakala lelaki 47.3 peratus.

Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki. Di Amerika Syarikat, wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. New York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi lelaki sebanyak 1 juta, dan daripada populasi lelaki yang berada di New York, 1/3 merupakan homoseksual. Amerika Syarikat secara keseluruhannya mempunyai lebih daripada 25 juta homoseksual dan lesbian. Ini bermakna golongan ini tidak berminat untuk mengahwini wanita. Wanita di Great Britain melebihi lelaki sebanyak 4 juta. Wanita Jerman melebihi lelaki sebanyak 5 juta. Wanita Rusia pula, melebihi lelaki sebanyak 9 juta. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jumlah wanita di seluruh dunia yang melebihi jumlah lelaki.


Secara logiknya, jika populasi wanita lebih ramai daripada lelaki pada suatu-suatu masa, maka bilangan wanita yang akan ditarbiyah berbanding lelaki pasti akan lebih besar.

Solusi

Solusi yang diberikan oleh Chayadi Takriyawan di dalam bukunya Di Jalan Dakwah Aku Menikah sungguh menarik dan baik untuk diaplikasikan. Ikhwah-ikhwah yang telah mendapat kebenaran menikah ini sepatutnya mengedepankan keperluan dakwah yakni membantu akhwat-akhwat berusia yang telah lama menunggu ini berbanding memilih mengikut keinginan diri. Sungguh itu adalah sebuah pilhan yang baik dan membuktikan cintanya kepada pasangan bukan didasari rupa paras mahupun pandangan nafsu, tetapi atas dasar cinta kepada dakwah dan islam.

Namun maaf saya katakan, solusi itu tidak mampu menyelesaikan permasalahan pokok, bahkan permasalahan-permasalahan lain yang dihadapi kita sekarang, seperti yang dibincangkan di atas.

Biarpun ikhwah-ikhwah sanggup menikahi akhwat yang lebih senior, jarang sekali keluarganya membenarkan. Biarpun dapat, tetap sahaja nisbah bilangan akhwat kepada ikhwah masih berganda banyaknya. Lambakan akhwat masih akan berlaku.

Di dalam Islam ada pemecah solusi yang dibenarkan. Pemecahan solusi yang merupakan sebuah sunnah. Apakah ia?

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
[Q.S. An-Nisaa’, 4:3]

POLIGAMI

Ya, inilah solusinya. Para akhwat perlu mengikhlaskan diri untuk merelakan suami beristeri lebih daripada satu. Dan bagi akhwat yang masih belum menikah, perlu mengikhlaskan diri jika ditakdirkan menjadi isteri yang kedua, ketiga atau yang keempat. Inilah solusi rabbani yang telah digarisi oleh Allah SWT sejak lebih 1400 tahun yang lalu lagi.

Permasalahan Poligami

Poligami tentu sahaja membawa dampak buruk seandainya contoh masyarakat sekarang yang menjadi rujukan kita. Masalah ketidakadilan, ketidakharmonian rumah tangga, cemburu dan sebagainya seringkali tergambar dalam fikiran kita. Namun pernah kita lihat bagaimana contoh yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya? Jika kita cuba senaraikan, hampir tiada para sahabat baginda yang tidak berpoligami. Mereka berpoligami namun mereka membuktikan mereka berjaya membentuk keluarga bahagia yang diidamkan. Dan generasi bagindalah yang kita cuba contohi dan sememangnya kita diminta untuk mencontohi.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
[Q.S. Al-Ahzab, 33:21]

Ketidakadilan
Kita mungkin mengharapkan keadilan daripada pihak lelaki yang berpoligami. Dan itu sememangnya dituntut dalam Islam. Bagaimana untuk berpoligami andai tidak berlaku adil. Namun perlu diingat, kita mengharapkan keadilan daripada seorang manusia. Satu makhluk yang punya kelemahan. Sejauh manapun dia cuba berlaku adil dalam urusan nafkah dan keperluan-keperluan lainnya, masih terdapat kesukaran dalam membahagikan perasaannya kepada isteri-isternya. Kerana itulah Allah berfirman kepada Rasulullah:

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkontang-kanting. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[An-Nisaa’, 4:129]

Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahwa Khadijah RA merupakan isterinya yang paling dicintainya. Kemudiannya Aisyah. Adakah pengakuan ini merupakan sebuah ketidakadilan? Bahkan Rasulullah tetap mampu menyikapi para isterinya dengan seadil-adilnya. Malahan, Allah SWT mengakui bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling sempurna. Bagaimana pula kita sebagai manusia biasa mampu berbuat lebih baik daripada Rasulullah SAW. Malah mengikut kesepakatan ulama-ulama fiqh, keadilan yang perlu diberikan oleh seorang suami kepada para isterinya hanyalah daripada sudut zahir sahaja, seperti masa, nafkah, pendidikan/tarbiyah dan lain-lain.

Sebagai seorang yang ditarbiyah, sudah pasti seorang ikhwah itu akan cuba bersikap adil semampunya, tetapi kita perlu cuba memahami ruang lingkup keterbatasan dirinya.

Cemburu
Soal cemburu bukanlah sesuatu yang perlu diketepikan. Jika namanya manusia, cemburu itu pasti hadir. Sirah sendiri menunjukkan para isteri Rasulullah SAW sendiri berasa cemburu antara satu sama lain. Ini lumrah kehidupan berpoligami. Soalnya di sini adalah bagaimana kita mahu mengkedepankan hal yang lebih utama melainkan hal-hal perasaan semata.

Kesimpulan : Mari Berlapang Dada dan Menerima Hakikat

Saya pasti, ramai yang kurang bersetuju dengan penyelesaian yang diberi, yakni poligami. Pelbagai alasan dan argumentasi bakal dikemukakan. Namun saya ingin mengajak kita agar mengikhlaskan hati, bersikap matang dan berfikir secara objektif dan rasional, bukan emosional.

Poligami merupakan salah satu daripda syariat Allah SWT yang termaktub di dalam Al-Quran. Setiap daripada syariat Allah pasti punya hikmahnya yang tersendiri. Dan pastinya apabila syariat ini dijalani secara benar dan baik sesuai dengan keperluan dan tempatnya, psatinya hikmahnya akan tersingkap.

Allah SWT Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi kepada umat akhir zamannya. Fenomena wanita lebih ramai daripada lelaki ini pasti punya solusinya. Dan perbahasan di atas telah menjawab permasalahannya. Tinggal kita sama ada ingin menyikapinya dengan terbuka mahupun persepsi. Hakikatnya poligami sememangnya syariat Allah SWT dan bilangan wanita sememangnya jauh lebih ramai daripada lelaki.

Saya yakin, mereka yang niatnya ikhlas dalam menegakkan agama suci ini pasti mampu membuktikan bahawa syariat Allah SWT merupakan sesuatu yang indah untuk diamalkan, dan dicontohkan kepada masyarakat. Syariat Allah ditentang kerana pembawanya yang tidak berlaku sesuai perintah-Nya. Islam seringkali ditolak kerana buruknya sikap penganutnya. Namun ia tidak akan pernah mengubah hakikat bahawa Islam itu sendiri adalah agama yang benar dan fitrah buat sekalian manusia.

Kepada ikhwah-ikhwahku, ana menyeru antum semua untuk berpoligami. Tetapi tentu, bukan tanpa mengambil kira kesan buruk yang mungkin terjadi. Sebelum melaksanakannya, kita perlulah benar-benar mengikhlaskan hati untuk melaksanakan poligami sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang mulia, dengan satu niat yang jelas. Mencari redha Allah SWT semata. Kita melakukannya demi membuktikan bahawa Islam mensyariatkan sesuatu yang baik, benar dan tepat. Kerana selama ini poligami dipandang serong kerana dilaksanakan oleh orang-orang yang tidak memahami Islam dan hanya menurut hawa nafsu semata. Masalah kemampuan sebenarnya boleh diusahakan.

Kepada akhwat-akhwatku, insya-Allah jalan penyelesaiannya ada. Tinggal sebuah pertanyaan, bagaimanakah kalian menyikapinya? Jika benar antunna bersimpati dan ingin membantu akhwat-akhwat lain, maka inilah masanya! Mari Berlapang Dada dan Menerima Hakikat!



~End Of Post~
Share

38 comments:

blabla October 30, 2010 at 8:13 AM  

ألحمد لله... جارع دافت جومفا أرتيكل غالقن فوليغامي بغيني.
مبروق يا أخي.
(سوده برستوجو لام اكن ايسو اين, تافي أنته كنافا ماسيه تاكوت رياليتي..(,

Anonymous,  October 30, 2010 at 9:31 AM  

erm...
kadang2 ana terfikir juga..sekalipun seseorang akhwat itu sudi untuk berpoligami..mampukah ikhwah itu??

bagaimana mahu melobi keluarga pihak isteri..tentu sahaja akan dikatakan menzalimi isteri..

mampukah lelaki zaman ini membahagikan kasih sayangnya buat anak2?sudah juga diberikan kerja dakwah..

kadang2 fenomena anak2 terbiar dari perhatian ibu ayah sering terjadi..dan tentu sahaja ada syarat2 dari pihak2 isteri..

btw..kalau antum bagaimana?antum x perjelaskan di pihak antum sendiri..ana sekadar bertanya sahaja..

Mawaddah October 30, 2010 at 10:30 AM  

ana merasakan sedemikian rupa..poligami penyelesaian bg akhowat2 yg belum bernikah lg.dahulukan yg lebih usia..namun,persoalan d cni?..mmpukah ikhwah diluar sna menyahut seruan ini?.

akhowat sndri wlpun bersdia ke arahnya,x semudah itu untuk menghadapinya.kdg2 org mengunakan perkataan bait duat untuk berpoligami sdgkn ktka berumahtnga, dakwah mnjadi keutamaan..namun, isteri2 d cc nya pula terabai.

adakah ketika ini situasi isteri2 trsebut dikatakan "xpa,demi dakwah"??..satu persoalan disini.

ini hnya pndpt ana bdsrkan realiti msa kini. wallahu'alam.

umairzulkefli October 30, 2010 at 11:17 AM  

To blabla: jazakumullah khairan kathira atas komennya. Kenapa guna ID yg tidak dikenali ni..huhu~

To ukhtiutmuda:
JZKK atas komennya. Ukhti, ana minta perjelaskan tahap kemampuan yang nti katakan itu, seperti apanya?

Dalam Islam Rasulullah dan para sahabat baginda yang berpoligami sangat-sangat sibuk berdakwah dan memperjuangkan Islam. Dalam setahun secara puratanya lebih daripada 7 perang yang terpaksa ditempuhi. Sehingga ada yang tidak mampu memberikan nafkah fizikal yang cukup (kekurangan wang, masa bersama dan sebagainya). Namun, apakah kemudiannya para sahabat dikatakan tidak bertanggungjawab dan tidak melaksanakan hak-hak sebagai suami oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis?

Mampu yang terpenting adalah kemampuan untuk memastikan keberlangsungan nafkah spiritual (tarbiyah serta kefahaman Islam) kepada ahli keluarganya sehingga memahami kesibukan si ayah dalam memperjuangkan Islam. Mereka mempunyai satu matlamat yang sama dan jelas dalam perjuangan. Sehingga si isteri dan anak-anak yang bertambah kemudiannya memperkasakan lagi perjuangan si ayah.

Kita memandang 'mampu' ini sebagai muslim, jangan jadikan sudut pandang barat sebagai rujukan.

Poligami yang dianjurkan dalam Islam adalah poligami yang harmoni dan penuh dedikasi serta tanggungjawab serta kesefahaman antara suami dan isteri. Fenomena yang jauh daripada yang diterangkan pada ana adalah sesuatu yang tidak menepati syariat.

Ana menulis sebagai solusi kepada permasalahan yang diajukan oleh pihak akhwat yang ana rasakan solusinya tidak tepat. Akhwat sendiri merisaukan lambakan akhwat. Maka jika benar, fahamilah bahawa poligami secara benar dan baik merupakan salah satu jalan penyelesaian yang cukup tepat.

Kalau ana? Apakah ana akan berpoligami? Jika ditakdirkan ya oleh Allah SWT, dengan saat dan masa serta keadaan yang sesuai, mengapa tidak?

To Ukhti Umar al-Khattab:
Soalan nti mungkin telah terjawab dalam jawapan ana kepada ukhtimuda. Mari perhalusi, ikhwah juga manusia. Seandainya tersilap atau berlaku kepincangan dalam pengurusan rumah tangganya (isteri dan keluarga terabai contohnya), di situlah peranan jemaah dakwah yang yang menaungi pasangan ini untuk menasihati. Dan sebagai manusia yang penuh kelemahan,si ikhwah perlulah menerima segala teguran dan masukan daripada pihak yang menegur dengan baik dan melakukan perbaikan.

Abu Faruq Al-Iskandari October 30, 2010 at 11:21 AM  

alhamdulillah, penerangan yang ana fikir cukup berkesan buat ikhwah akhwat.

zhon ikhwah akhwat kita terhadap poligami harus dibetulkan dahulu, insyaallah, dalam program kekeluargaan akan diselitkan hal2 ini.

ana fikir ramai ikhwah2 berangan nak poligami, tapi ia bukan satu yang mudah untuk diaplikasi. bagaimanapun, dengan kefahaman dan 'sokongan' para akhwat yang dah nikah terutamanya, amat2 penting.


Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
[Q.S. An-Nisaa’, 4:3]

insyaallah ya akhi, kalau dapat antum jad 'assabiqunal awwalun' dalam poligami ini, pahala antum akan bertambah dahsyat banyaknya, insyaallah. kemudian, para ikhwah akan terus berderu mencari rahmat Allah dengan bertambahnya isteri dan anak-anak. ameen.

Anonymous,  October 30, 2010 at 6:49 PM  

InshaAllah bagi ana sendiri ana tidak kisah selama mana hak2 isteri dan anak tidak terabai..mampu di sini perlu dilihat dalam setiap aspek..

seperti mana antum katakan kita adaah manusia..jadi wajar sahaja seorang zaujah itu menginginkan hak2 sebagai manusia biasa..jangan kerana dia seorang akhwat / ikhwah maka segaanya harus strict..

bagaimana di pihak keluarga mentua..adik beradik isteri..tuntutan2 dunia dsb..mashaAllah berjiwa besar sungguh bagi yang menyahut sunnah ini..hidup tujuannya ia untuk akhirat namun lihatah secara realitas..

InshaAllah kalau kita sama2 ikhwah akhwat diberikan kefahaman yang benar dalam hal ini..mudah berkongsi rasa..apa salahnya mencuba..mungkin ada sahaja di pihak akhwat yang sudah mencari2 madunya..who knows ~

cuma seperkara ana x suka bila pasangan yang bernikah atas tiket dakwah kadang2 melupakan hak insani..mentang2 hebat dalam dakwah hingga isteri dilayan seperti bahan dakwah bukan seperti isteri yang harus dilayan sebaiknya juga anak..kerana itu bernikah dengan dengan ikhwah / akhwat bukanlah suatu jaminan kebahagiaan jika tidak didasari atas dasar kasih sayang..tetapi ia satu bonus untuk jalan yang dibawa..

buat pasangan yang sudah menikah / bakal menikah..jangan jadikan alasan2 dakwah untuk kamu lari dari tanggungjawab keluarga..

Allahu'Alam..

umairzulkefli October 30, 2010 at 7:05 PM  

To ukhtiutmuda:
Alhamdulillah, bahagia mendengar ada yang mengambil berat soal kebajikan keluarga ikhwah&akhwat yang telah menikah. Dan juga buat mereka yang telah dan akan berpoligami, doakan agar mereka tetap ikhlas dalam berbuat.

Tentang seperkara yang nti tak suka tu, jangan sibuk komen-komen ketidakpuasan hati nti di sini, ia tidak akan menyelesaikan masalah. Tugas ana sebagai yang mencetuskan idea tentang poligami adalah menggariskan apa yang sepatutnya dan tidak sepatutnya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Namun jika nti mengetahui mereka ada melakukan sesuatu di luar syariat (seperti mengetepikan hak-hak keluarga dan mengabaikan keluarga) maka itu tanggungjawab nti untuk memperbetulkannya, minimimal memberitahu jemaah mereka untuk memperbetulkannya.
Jangan bercerita sana-sini tanpa menyelesaikan masalah seperti ini. Ia hanya akan menambahkan buruknya pandangan masyarakat tentang pernikahan di kalangan para da'i dan poligami itu sendiri.

Wallahua'lam

sherasan October 30, 2010 at 7:56 PM  

post yang bagus..mencetuskan diri untuk berfikir~

Anonymous,  October 30, 2010 at 8:25 PM  

ana bukan bercerita sekadar mengingatkan untuk menjadi panduan kita bersama..

ana x point siapa2..ia masalah yang memang wujud..jadi kita perbetulkan dan kita jangan menjadi sebahagian dari mereka..moga tiada salah faham..

Al-Harith Agrobusiness (AHA) October 31, 2010 at 7:34 AM  

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Ana amat bersetuju dengan post yg telah diterbitkan oleh Akhi Umair. Ana melihat, untuk solusi terhadap permasalahan akhowat yang belum menikah adalah dengan poligami.

Tidak ada penyelesaian lain yg boleh dijadikan ubat dalam permasalahan umat sekarang melainkan dengan mengambil sunnah Rasul sebagai penawar.

Masalah hak2 isteri seringkali dijadikan pisau tajam untuk menikam para ikhwah yg berhasrat untuk melakukannya.

Akhowati Ilallah, Rasulullah dan Ai'syah pernah tidak punya apa2 makanan sehingga 3 hari. Mereka juga pernah hanya minum minyak zaitun dalam bekas pelita kerana ketiadaan makanan. Adakah itu menafikan hak2 isteri?

al-Faruq, ayah kepada Rabi'ah ar-Ra'yu ulamak besar Madinah yg sezaman dgn Imam Malik bin Anas itu, dia (Al-Faruq) meninggalkan isterinya selama 30 tahun untuk keluar berjihad sehinggakan Rabi'ah tidak kenal dgn ayahnya kerana dia ditinggalkan semasa dalam kandungan. Itukah yg dikenal sbg menafikan hak isteri?

Ataukah ada para sahabat Rasulullah yg kerana mereka sibuk berjihad sehingga menahan mereka daripada mencari rezeki sehingga diungkapkan oleh Allah SWT dlm al-Quran tentang diri mereka yg tertahan untuk mencari nafkah kerana berjihad dan mereka menahan diri mereka daripada memita-minta. Itukah yg dikenal sbg menafikan hak isteri?

Jika hak isteri yg kita fahami itu sama dgn yg masyarakat umum sekarang fahami, maka punahlah dakwah yg kita bina ini. Kerana hak2 isteri itu bukan diukur dgn apa yang difahami oleh masyarakat umum, tetapi yang ditunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w, para sahabat wa sahabiah baginda dan para salaf as-sholeh yg mulia.

Mari perhatikan diri kita, kemudian luruskan niat....

Fakhrullah Bin Mawardi October 31, 2010 at 5:56 PM  

Assalamu'alaikum,
lama tidak komen di post akhi umair..
ana pun baru post satu perkara mengenai ujian da'wah yang terbaru dilalui, post yg antum utarakan jg ujian dalam dakwah, ana terkesan kata2 seorang ikhwah :

"kita bernikah kerana da'wah illallah, jika pernikahan kita tidak memantapkan da'wah, maka kita dah lari dari niat asal kita"

indahnya niat pernikahan ini, sanggup mengorbankn yg lain asal prioriti terhadap Allah diutamakan. Semoga kita salah satu dariNya.

mengenai pendapt dari aspek kemanusian la katakan, hebat dibahaskn di komen2 di atas, jazakumullah kpd semua, namun, ana yakin, ilmu dan kefahaman yang diterapkn dgn baik mngenai hal ini pasti mampu menyelesaiknnya..

ana secara pribada mengucpkan syukran kpd post akhwatmedic dan shoutulikhwah..krn bantuan anta/ti membantu ana melepasi satu ujian.

teruskn jalan da'wah yg penuh kebahagian..

.sYaFiQ. November 1, 2010 at 8:16 AM  

nice post akh..mungkin jarang yang menulis mengenai ini..
poligami agak berat nak dibincangkan..
tapi realitinya memang agak sukar,terutamanya pada pihak akhwat@wanita..
Kes ni ana lihat sendiri dalam keluarga ana..
Waktu ayah ana ada dioffer untuk berpoligami, ana mendengar luahan hati ummi ana mengenai hal ini..
berat lelaki untuk memberi keadilan, berat jua perempuan bermujahadah perasaan dan lain-lain..

FRESHIE November 1, 2010 at 8:17 AM  

oh persoalan ini juga dibahas secara menarik oleh ustad emran dalam buku cinta dan khidupan. (oh maaf belum jadi buku lagi. tapi cubalah baca nanti. pada sy ilmu ni mudah diterima akal cuba kadangkala sukar ditoleransi oleh hati

Abu Humaira November 1, 2010 at 12:10 PM  

Kisah al Faruq, ayah kepada Rabi'ah ar Ra'yu itu perlu diteliti lagi:

1) adakah kisahnya sahih?
2) sekiranya sahih, apakah syarah ulama muktabar tentangnya?

Kerana hakikatnya, Umar al Khattab menetapkan tempoh keluar berjihad bagi tentera Islam adalah tidak melebihi 4 bulan, kerana merisaukan hak isteri mereka terabai, setelah berbincang dengan anaknya Hafsah.

Begitu juga di Malaysia, meninggalkan isteri selama 4 bulan berturut turut tanpa nafkah zahir dan batin, secara automatik akan berlaku cerai taklik.

Nabi saw sahaja hampir hampir menceraikan isterinya Ummahatul Mukminin Saudah bt Zam'ah kerana tidak mampu untuk menunaikan haknya, sehinggalah Saudah redha haknya di ambil oleh isteri yang lain kerana dia lebih mementingkan akhiratnya.

Sekiranya kisah ini sahih sekalipun, kita tidak boleh mengambil kesimpulan berdasarkan kisah ini semata mata tanpa mempertimbangkan kisah kisah yang lain. Bagi ana, menetapkan tempoh 4 bulan adalah lebih adil dan lebih dekat dengan kefahaman Islam.

Begitu juga dengan kisah Imam al Banna yang pergi berdakwah meninggalkan anaknya yang kesakitan membawa kepada kematiannya. Sesungguhnya Rasulullah memberi izin kepada Saidina Utsman bin Affan untuk tidak keluar berjihad di Badar kerana ketika itu isterinya, puteri Rasulullah sedang sakit yang akhirnya membawa kepada kewafatannya.Ana tidak mengatakan Imam al Banna salah, cuma kisah Rasulullah memberi izin kepada Saidina Utsman itulah yang patut menjadi pedoman kita, kerana Rasulullah adalah sebaik baik pedoman.

Begitu juga dengan perang perang yang diikuti Rasulullah saw. Berapa sahaja sebenarnya peperangan yang disertai Rasulullah? Peperangan yang besar sahaja yang melibatkan sehingga berbulan bulan, yang lain hanyalah dalam tempoh yang singkat. Apatah lagi Rasulullah turut menggilirkan isteri isterinya setiap kali dalam peperangan.

Saidina Ali ra ketika mana ditanya tentang kehidupan berkeluarga Rasulullah, beliau berkata " Rasulullah membahagikannya kepada tiga masa, satu masa untuk keluarga, satu masa untuk ibadah, dan satu lagi untuk dirinya sendiri"

Rumah Rasulullah saw yang tidak terbakar dapurnya hanya menggambarkan sebuah kitaran kehidupan. Ada masanya rezeki kurang, ada masanya rezeki bertambah. Pengajaran yang perlu diambil ialah keredhaan mereka atas ketentuan yang diberikan Allah dan sifat Qana'ah yang ingin diajarkan Rasulullah. Salah sekiranya kita mengambil isu itu sebagai point pelepasan tanggungjawab kita mencari nafkah atas nama dakwah.

Abu Bakar ra pada hari keesokan selepas dilantik menjadi Khalifah, pergi ke pasar untuk berniaga. Sehingga ditegur oleh Umar ra, sekiranya Khalifah sibuk mencari nafkah, siapakah yang akan mengatur urusan umat? Abu Bakar menjawab, sekiranya aku mengatur urusan umat, siapa yang bertanggungjawab terhadap keluargaku sekiranya bukan aku? Akhirnya mereka sepakat untuk mengambil wang dari Baitul Mal dan permulaan dari situ, Khalifah dan tentera tentera Islam diberi gaji.Point ana ialah,apa yang difahami abu bakar ra ialah walaupun dia bertanggungjawab dalam urusan umat, itu tidak pernah menjadi sebab untuk dia mengabaikan tanggungjawab kepada keluarganya. Urusan sekiranya keluarga redha kita tidak dapat membawa nafkah yang mencukupi untuk mereka adalah satu isu lain, isunya ialah kita tidak pernah lepas dari tanggungjawab itu walaupun isteri atau anak anak kita redha.

Apa yang ana nak sampaikan disini, untuk berpoligami, Rasulullah telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam menggambarkan keadilan dalam Islam. Tidak pernah kerana urusan dakwah dan jihad, Rasulullah mengabaikan hak hak isteri isterinya.Jangan kerana kedangkalan ilmu kita, kita mengatakan Islam itu begitu dan begini sedangkan ia jauh dari apa yang diajar Rasulullah saw. (bersambung)

Abu Humaira November 1, 2010 at 12:13 PM  

Fikrah Simplistik (pls refer http://saifulislam.com/?p=8240)

Ini adalah satu bentuk fikrah yang bagi ana merosakkan. Fikrah simplistik ialah satu bentuk pemikiran yang terlalu mudah sifirnya. Kahwinlah awal, insyaAllah bahagia. Jiwa tenang, study hebat, rezeki bertambah. Ekonomi dakwah pasti berjaya sebab diurus oleh orang yang dekat dengan Allah. Poligami pasti berjaya jika da'i yang melaksanakannya. Akhwat kena redha dan berlapang dada sekiranya suami nak berpoligami.Nak kahwin, yang penting iman. Yang lain tak penting.

Sesungguhnya Allah mengatur dunia ini dengan Syariatullah dan Sunnatullah.Perbahasan tentang iman, mujahadah, dakwah dan lain lain itu semua menjurus kepada Syariatullah. Tetapi bagaimana dengan Sunnatullah? Untuk pernikahan yang berjaya, Allah mewajibkan para suami untuk mencari nafkah untuk isterinya, memberi pendidikan dan fasiliti yang terbaik untuk keluarganya. Rumah haruslah luas untuk perkembangan minda anak anak,sekiranya boleh, janganlah dibiarkan isteri bekerja mencari nafkah, kerana itu tanggungjawab suami.

Tanggungjawab suami kepada isteri anak anak bukanlah sekadar untuk menjadikan mereka beriman semata mata, seperti wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub kepada anak anaknya:

"Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. : "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".(Al Baqarah 2:132)

Tetapi tanggungjawab suami turutlah menyediakan simpanan yang cukup sebelum meninggal dunia:

"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah . Akan tetapi jika mereka pindah , maka tidak ada dosa bagimu membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."(Al Baqarah 2:240)

Nasihat ana kepada akhowat, sekiranya datang seorang ikhwah meminangmu dengan fikrah simplistik seperti di atas, tolaklah mereka kerana mereka belum bersedia. Jangankan untuk berpoligami, untuk bernikah yang pertama sahaja belum bersedia.

POLIGAMI

Ibnu Qudamah al Maqdisi dalam satu teks khutbah nikah beliau berkata:

"Sesungguhnya Rasulullah saw dan para sahabat baginda tidak akan mempersibukkan diri dengan urusan ini (nikah, poligami) melainkan ianya afdhal"

Memang poligami adalah sebuah solusi bagi lambakan akhowat dan lambakan wanita di dunia. Ana rasa kita semua setuju perkara ini, termasuklah akhowat.Tanpa prejudis.

Tetapi sebelum menceritakan keperluan akhowat untuk menerima hakikat ini, perlu bagi ikhwah untuk mempersiapkan diri dengan erti yang sesungguhnya. Bagi yang belum bernikah, nikahlah dahulu. Rasai kehidupan berumahtangga. Ana yakin antum akan keluar dari dunia idealistik antum. Yang dah berumahtangga, cuba besarkan anak anak dahulu, dah cukup ilmu rumahtangga, barulah fikir untuk poligami, mampu atau tidak. Mampu mestilah dari sudut kemampuan untuk mentarbiyah dan juga kemampuan untuk mencari nafkah dan juga kemampuan untuk berlaku adil. Tidak semua orang mampu, sebagaimana Abu Dzar tidak mampu berhadapan dengan jawatan.

p/s: zaujah ana sangat mendokong poligami. Tanpa diminta, dia sudah mencari carikan calon madunya. Tetapi, atas survey yang dibuat, akhowat rata rata bersetuju dengan poligami, cuma tidak mahu menjadi isteri kedua dan seterusnya.Hmm...ana sendiri? ana belum mampu dan belum bersedia. Wallahua'lam.

.sYaFiQ. November 1, 2010 at 12:44 PM  

subhanallah abu humaira..
penjelasan yang mencerahkan..
tapi nak mencerahkan agak panjang..
mungkin boleh dibuat post barangkali.
Alhamdulillah menjawab persoalan yang di timbul di fikiran..

umairzulkefli November 1, 2010 at 2:48 PM  

To Abu Humaira:
Jzkk atas komen. Cuma yang boleh ana simpulkan, pastinya tiada ikhwah yang akan berfikiran simplistik dan dibiarkan berfikiran seperti itu. Syariatullah dan sunnatullah pastilah diambil kira dalam setiap tindakan. Pandangan dan pengalaman daripada mereka yang lebih awal makan garam pastilah dirujuk, terutamanya mereka yang berada dalam jalan tarbiyah dan dakwah.

Adapun contoh-contoh kehidupan sukar yang dihadapi Rasulullah dan para sahabat serta tabi'in yang dibawakan, ana pasti tujuannya bukan untuk seorang da'i yang telah berumahtangga menjadikannya alasan untuk berlepas tangan daripada melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah. Contoh-contoh tersebut hanyalah sebagai pembuka fikiran, bahawa kehidupan yang cukup dan memadai itu bukanlah seperti yang dicontohkan oleh masyarakat sekarang.(beli@tukar2 kereta baru,makan sedap2 dan kenyang2,dll). Jika dibaca dibawah tajuk keutamaan berlapar di dalam Riyadhus Sholihin, ahli rumah Rasulullah sendiri mengatakan bahawa sepanjang hidup mereka dengan Rasulullah, mereka tidak pernah kenyang. Sekali lagi, contoh-contoh tersebut hanya untuk membuka wawasan berfikir, bahawa hidup cara hidup rasulullah dan para sahabat serta tabi'in yang masyarakat kita pandang sebagai berada dalam 'kekurangan' ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang perlu dilihat sebagai asing.

Tiada siapa yang berharap keluarganya hidup dalam kefakiran dan serba kekurangan. Pastinya seseorang kepala rumahtangga, apatah lagi yang telah ditarbiyah itu akan mencuba memberikan yang terbaik buat ahli keluarganya. Selagi hak Allah, Rasul, dan Jihad masih dapat diutamakan, hak-hak yang lain pasti akan terus ditunaikan.

Terus doakan kami yang masih bertatih-tatih ke dunia baru ini.

Semoga Allah redha dengan kita.

dinlove November 1, 2010 at 4:04 PM  

alhamdulilah ,

ini menunjukan dakwak kita sudah semakin matang bila semakin ramai ikhwah dah berumahtanga....sesuatu teori itu(akhwat ramai=poligamy) bukan mudah dilaksanakan....

akh umair ,rindu anum.tulisan antum semakin bertambah baik.akh azhar juga masih dengan semangat yang tinggi...wah ridu dengan antum.

koment akh ipin pula satu pencerahan yg sgt baik.untung ipin dapat zaujah yang mahu bukan sekadar tahu.

kpd akhwat,buat lah persiapan MAHU dimadu,kerana itu lebih sukar dari MAHU menjadi yang ke 2,3,dan ke4(pengalaman umi ana sampai sekarng masih tak dpt terima isteri ke dua ayah ana).

kepada ikhwah,jangan anggap mudah.kpd ikh yg belum nikah,mohon jadi bijak dan elak dari uji akhwat masa nak takruf dengan soalan poligamy.(ana pernah buat kesilapan ni,akibatnya melepas.).kata sorg ikwh ,kalau akhwt kata setuju pun belum tentu ok punya bila dah nikah.....

ikhwah yang belum nikah ayoh segera matang dan berani melihat ke depan.gandakan usaha meramaikan ikhwah siang dan malam.impikanlah masyarakat islam yang penuh usrah2 islami.....

by:addilove

Al-Harith Agrobusiness (AHA) November 1, 2010 at 4:30 PM  

Subhanallah....banyak nye manusia yg post kat blog antum nih umair....wah hitnya menigkat terus....

Kita di sini berbicara tentang orang yg sudah faham tanggungjawab, yang sudah ditarbiyah, yang sudah berhalaqah, yang sudah dibina, bukan berbicara tentang orang tepi jalan, tentang orang yang mementingkan diri sendiri ketimbang pasangannya dan sebagainya. Sebab itu terus kepada point itu sahaja.

Kedua permasalahan berkenaan dengan contoh Nabi s.a.w dan Aisyah tidak berasap dapurnya sehingga kepada 3 hari, para sahabat yang berjihad sehingga tertahan daripada mencari nafkah, dan juga kisah Rabi'ah Ar-Ra'yu itu memberikan tanda bahawa kita kena bersedia untuk menghadapi saat-saat itu kerana dakwah ini tidak akan semakin santai, semakin lepak, semakin rilex, bahkan manusia yang terlibat dengan dakwah dan jihad ini pasti akan dicuba oleh Allah SWT dengan cobaan yang seperti ketiga-tiga contoh yg ana berikan sebelum ini.

Makanya, sekiranya pada saat itu kita masih lagi berfikir berkenaan hak-hak isteri maka punah lah dakwah yang kita bina. Zauj nak pergi dakwah dan jihad, zaujahnya suruh jaga anak, then bergaduh dan akhirnya keluarga bermasalah. Itu masalah orang sekarang, belum lagi pada waktu Allah memberikan ujian yang lebih besar.

Dakwah ini tak mungkin makin santai, tak mungkin makin relax, tak mungkin makin lepak dan sewaktu dengannya.

tapi kalau nak dakwah yang santai, relax dan lepak....boleh saja.....buatlah pilihan yang mana anda suka...

Tapi bagi yang meyakini bahawa cabaran makin besar, tanggungjawab makin berat dan ujian Allah semakin hebat, maka buatlah persiapan, sama ada untuk diri, zaujah dan juga untuk yang bakal-bakal menjadi zaujah tambahan kepada para daie....

cuma melontarkan pendapat....
lalalala....

Al-Harith Agrobusiness (AHA) November 1, 2010 at 5:11 PM  

Oh satu lagi, untuk menambahkan hit counter blog akh uMair ni, mungkin persoalan yang perlu kita tangani adalah :

apakah bentuk dakwah kita sekarang tidak akan sama seperti yang telah dilalui pendahulu yang mulia. Kerana para pendahulu kita (radhiyallahu anhum) rela bersusah-payah untuk menghidupkan dakwah, rela mengorbankan harta dan jiwa untuk dakwah, juga rela dipandang sinis untuk menghidupkan dakwah.

Apakah dakwah sekarang atau dengan kata lain 'di-era baru' ini tidak mungkin lagi terlahir orang yang pengorbanannya seperti Abu Bakr As-Siddiq yg meninggalkan Allah dan Rasul-Nya kepada keluarga dan Rasulullah tidak membantah perbuatannya tersebut. Bahkan Rasulullah pernah berkata kepada Uthman bin Affan selepas dia (Uthman) berinfak dengan sangat banyak dengan sabdanya yang bermaksud Uthman tidak akan pernah rugi lagi selepas daripada ini.

Ataukah kita 'pendakwah di era baru' sekarang ini perlu mementingkan kemahuan hidup kita dulu berbanding keperluan hidup dakwah. Perlu mengutamakan keperluan zaujah kita dulu berbanding dakwah, perlu mengutamakan hak-hak lain dulu berbanding hak-hak dakwah? Kita kena lengkapkan diri kita dulu baru boleh berdakwah.... Bacalah buku Fiqh al-Jihad karangan Prof Dr Yusuf al-Qaradhawiy, ada diterangkan berkenaan ini.

Kita mengemukakan contoh kehidupan para pendahulu kita yang mulia bukan hanya untuk dibuat penghias otak sahaja ataupun penghias bicara supaya bicara kita nampak hebat, mantap dengan dalil-dalilnya, oh sahabat ini begitu dan begini, kisah ini begitu dan begini, tetapi untuk kita praktikkan dalam amal dakwah kita.

Jangan biarkan mulut kita ini ditampar oleh Allah di mahsyar kelak kerana hanya tau 'berlabun' tapi tak beramal dengan apa yang di'labun'kan itu.

p/s : peringatan ini untuk diri ana, kerana memandangkan ramai manusia di sini, inilah peluang untuk ana memperingati diri dan para ikhwah dan akhowat yang siang malam tanpa jemu menyampaikan ayat-ayat Allah.

Unknown November 1, 2010 at 5:59 PM  

Assalamua'laikum wbt...
Antara buku yang cukup baik untuk dibaca agar fikiran semakin jernih, hati semakin lapang, dan segala zhon terhadap poligami kian terurai, ana cadangkan kita semua baca buku "Indahnya Berpoligami", ditulis oleh
Dr.Basri Ibrahim.

Abu Humaira November 2, 2010 at 11:58 AM  

Akhi Umair:

Ana dulu ditarbiyah dengan kefahaman simplistik. CGPA tak ditanya dalam kubur, menikah masa muda itu mudah dan macam macam lagi. Ini cerita lama, mungkin tidak berlaku lagi, tapi mungkin berlaku di tempat lain. Apatah lagi setelah lama dalam tarbiyah ini, ana sudah melihat banyak di kalangan pemuda pemudanya mempunyai fikrah simplistik. Ini dikuatkan lagi dengan pengalaman Ust Hasrizal yang dicurahkan dalam buku buku dan blog beliau akan hakikat fikrah ini yang menimpa golongan pendakwah muda.Jadi kerisauan ana ini bukan tidak berasas.Tetapi alhamdulillah ana lihat antum tidaklah berfikrah seperti itu.

Berkaitan dengan kenyataan ahli keluarga Rasulullah yang mereka tidak pernah kenyang, itu sebenarnya adalah cara Rasulullah untuk memenuhi hak mereka untuk ditarbiyah. Mereka tidak pernah kenyang bukanlah kerana kemiskinan. Kita pun sedia maklum akan kekayaan yang dimiliki Rasulullah. Harta rampasan perang ada bahagian untuk Rasulullah, sebahagian simpanan Baitul Mal adalah untuk keluarga Rasulullah. Jadi, mereka tidak kenyang bukanlah kerana kemiskinan. Apatah lagi kita mengetahui kedermawanan Rasulullah dan isteri isterinya. Ada isteri baginda yang sering menjamu makan orang miskin, ada isteri baginda yang menyantuni anak yatim dan pelbagai lagi. Bukan maknanya mereka tidak kenyang adalah kerana Rasulullah terlampau sibuk dalam urusan dakwah dan jihad, akhirnya tidak mampu untuk mengenyangkan keluarganya. Sekali lagi ana tegaskan, kesibukan Rasulullah dalam dakwah dan jihad tidak pernah menyebabkan dia mengabaikan hak keluarganya.

Seperkara lagi, tidak adil sekiranya kita menggambarkan kehidupan Rasulullah dengan mengambil kira hadis hadis kesusahan itu sahaja. Bukankah kita mengetahui yang Rasulullah memiliki unta dan kuda tunggangan yang paling mahal. Di dalam Riyadhus Salihin juga ada menyebutkan tentang Ibnu Abbas yang pada satu hari keluar dengan pakaian yang mewah sehingga ditegur oleh anak muridnya, kemudian Ibnu Abbas menegaskan yang dia pernah melihat Rasulullah berpakaian begitu dan begini. Begitu juga dengan kehidupan para sahabat dan juga tabi'in. Bilal b Rabah yang pernah dianggap gila kerana menjerit melolong kelaparan, pada masa kemudiannya sudah memiliki kehidupan yang baik, dengan rumah yang luas, khadimat yang ramai, makan yang cukup dan pelbagai lagi.Maka sebab itu ana mengatakan kesusahan Rasulullah dan sahabat baginda adalah sebuah kitaran kehidupan. Ada masa susah, ada masa senang.

Elok rasanya kita membaca tulisan Ust zaharuddin berkaitan dengan zuhud, harta dan kekayaan di sini http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/576-konsep-zuhud--tanda-islam-benci-harta-a-kekayaan.html

Akhi Addinlove:

Ana rasa sebenarnya elok dinyatakan sedari awal sekiranya memang antum berhajat untuk berpoligami ketika taaruf. Sekiranya semasa taaruf sahaja dia sudah tidak boleh terima, apatah lagi selepas bernikah sedangkan akhowat yang masa taaruf bersedia berpoligami, selepas lama bernikah, nyatanya sudah tidak sanggup.

Abu Humaira November 2, 2010 at 12:01 PM  

Akhi Azhar:

Pertama sekali, apa yang ana komen sebelum ini memang untuk orang yang dah lama tarbiyah. Sebab biasanya golongan golongan ini yang memahami Islam dengan kefahaman yang sempit kemudian menanamkan kefahaman yang sempit itu kepada binaan binaan mereka.Akhirnya wujudlah kelompok pendakwah pendakwah yang memahami Islam dengan kefahaman yang sempit.

Keduanya, ana tidak faham bagaimana antum boleh twist sampai kepada konsep dakwah, nak santai atau tidak. Pengorbanan dalam dakwah dan sebagainya. Apa yang ana tekankan ialah kewajiban kita menunaikan hak. Tidak kisahlah dakwah sesibuk mana, hak yang lain wajib juga ditunaikan.Tidak cukupkah bukti yang ana bawakan? Abu Bakar ra tetap menunaikan hak keluarganya walaupun diangkat menjadi khalifah. Umar sendiri berpakat dengan jirannya untuk menggilirkan hari mendengar pelajaran dari Rasulullah. Ada hari Umar mendengar, jirannya pergi berniaga, balik jirannya berniaga, Umar mengajarkannya apa yang di ajar Rasulullah. Begitu juga sebaliknya. Kerana dia tahu keluarganya ada hak. Abu Dzar yang sibuk beribadah akhirnya ditegur untuk memenuhi hak isterinya.

Kemudiannya, ana pun tidak faham, sekiranya kita memikirkan hak hak isteri, maka punahlah dakwah yang kita bina?. Sekiranya dakwah yang antum faham boleh mengurangkan hak orang lain, dakwah itu sudahpun punah sebelum ianya bermula. Pendakwah yang berdakwah dengan mengabaikan hak orang lain inilah nanti akan di 'tampar' Allah di mahsyar kelak, kerana mengajarkan sesuatu yang tidak di ajar oleh Rasulullah saw.

Tetapi, ana bersangka baik. Mungkin yang antum cuba maksudkan ialah memenuhi kehendak isteri. Sekiranya yang dimaksudkan ialah kehendak, makanya ana juga berkeyakinan begitu. Sebab Rasulullah pernah berpesan, di akhir zaman nanti, seseorang lelaki itu akan terjerumus ke neraka kerana mengikuti kehendak isteri, mak bapak, masyarakat dll.

Abu Humaira November 2, 2010 at 12:02 PM  

Antara Dakwah dan Jihad Qital

Dua perkara ini, berkaitan tetapi berbeza. Dan cara menyikapinya juga perlu berbeza. Pengorbanan Abu Bakar menyerahkan semua hartanya, infak Uthman, dan sebagainya itu di dalam konteks menyahut seruan Jihad Qital (peperangan), bukan di dalam kondisi yang aman tanpa peperangan.Dalam kondisi aman, banyak hadis Rasulullah saw untuk manafkahi keluarga, infak yang terbaik adalah untuk keluarga dan sebagainya.

Ayat Allah swt berkaitan orang yang berjihad fi sabilillah sehingga tertahan rezekinya itu pun di dalam konteks Jihad Qital. Bagaimana dia mampu mencari rezeki sedangkan dia sedang menjaga perbatasan dan di dalam peperangan?. Tetapi, orang yang duduk di rumah, malamnya halaqah, weekendnya buat daurah, tidak boleh disamakan dengan orang yang berjihad di dalam peperangan. Sesungguhnya menyamakan dua kondisi ini adalah sebuah tafsiran semberono dan di luar konteks. Berhati hatilah.

Tetapi sekiranya memang antum cinta kepada program dakwah dengan cinta yang luar biasa. Siangnya program, malamnya halaqah, weekendnya jaulah untuk buat daurah sehingga tidak mampu mencari rezeki, kondisi ini juga sudah dicontohkan oleh pendahulu kita. Oleh kerana cinta kepada ilmu, buku, dan penyebaran dakwah, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim mengambil jalan untuk tidak menikah.Bukanlah kerana mereka tidak tahu bahawa pernikahan adalah sunnah Rasulullah, tetapi kerana cinta yang luar biasa kepada ilmu sehinggakan mereka tidak yakin mampu untuk memenuhi hak isteri, maka mereka mengambil jalan untuk tidak menikah.

Hidup ini penuh dengan tanggungjawab dan menunaikan hak. Sekiranya kita tidak mampu menunaikan hak keluarga, jangan berkeluarga. Tidak mampu memenuhi hak jiran, jangan berjiran. Tidak mampu memenuhi hak majikan, jangan kerja makan gaji. Tidak mampu memenuhi hak ibu bapa, jangan ada ibu bapa. Mudah sifirnya. Tetapi, sekiranya ingin berkeluarga, ingin berjiran, ingin beribubapa, penuhilah hak mereka kerana ianya akan dipertanggungjwakan oleh Allah swt.

Kerana itu di dalam dakwah Ikhwan, kadernya ditekankan dengan konsep At Tawazun bainal Infiradhiyah wal Jama'iyah.Keseimbangan di antara memenuhi kehendak peribadi dan juga kehendak jemaah. Ianya harus seimbang, tidak melebihi dan tidak mengabaikan antara satu sama lain.

Ana akhiri dengan pesan Imam al Banna ra:

Seorang al Akh as Shodiq (Ikhwah yang benar kefahaman, amal dan jihadnya) ialah al akh yang terakhir meninggalkan pejabatnya, menuju ke perkampungan lain memenuhi program dakwah dan pulang ke rumahnya. Keesokannya, beliau adalah orang yang paling awal hadir di pejabatnya.

Wallahua'lam.

Al-Harith Agrobusiness (AHA) November 2, 2010 at 8:56 PM  

Jazakallahu khairan jaza' atas jawaban abu humaira berkenaan hal yang ana kemukakan. Inilah jawaban ana berkenaan itu.
1. Berkenaan berfikiran simplistik, yang mana antum merasakan bahawa antum diajar untuk menjadi begitu, akademik tak ditanya dalam kubur dan sebagainya, ana rasa antum saja yang memahaminya demikian. Mengapa ana mengatakan seperti itu kerana buktinya sangat jelas, yang mana dakwah yang dulu juga pernah memberikan masa untuk antum menghabiskan study antum, pernah men'cuti'kan antum daripada tugasan dakwah dan sebagainya untuk antum mengabaikan akademik? Jadi, masalah sebanar untuk itu ana rasa ketidak sungguhan antum dalam nak belajar, bukan masalah pemikiran simplistik yg diajarkan kepada antum tetapi pemikiran simplistik yang antum faham dan ajarkan pada diri sendiri.

Bukti yang lain, mengapa ikhwah2 lebih senior daripada antum dapat sambung sampai pHD, ikhwah sebatch dengan antum ada yang sambung master dan sebagainya dan ikhwah lebih junior daripada antum juga dapat menamatkan pengajiannya bahkan sambung master dan sebagainya. Mengapa? Adakah diorang ini mereka yang ditarbiyah oleh orang lain dan tidak oleh orang yg mentarbiyah antum dengan fikrah simplistik? Atau antum saja yang memahaminya begitu? Antum sendiri dapat menjawabnya. Jangan kerana marahkan nyamuk waaaang dibakar...

2. Berkenaan konsep dakwah, ana dah menyatakan kita hendaklah bersedia dengan segala kemungkinan yang mendatang, untuk para akhowat yang bakal menjadi isteri dan madu (dalam tajuk yg dibincangkan di sini) mereka hendaklah memilih hendak mengikuti jalan yang mana. Sekiranya mereka memilih jalan dakwah relax dan santai maka jalan itu ada ciri-cirinya, namun sekiranya mereka memilih jalan dakwah susah payah, berkorban harta jiwa, maka mereka perlu bersedia untuk menghadapi saat-saat itu dengan bersedia sekarang. Bukan dengan santai, relax, kenyang, mudah dan sebagainya.

3. Bukti yang antum bawakan itu tidak ana ragukan, namun pemahaman atas bukti yang antum bawakan. Ana melihat antum hanya menggunakan bukti2 tersebut yang jelas seperti Rasulullah rumahnya tidak berasap 3 hari kerana cara tarbiyah Rasulullah kepada keluarga, ya akhi sirah jelas menyatakan tentang kehidupan nabi bagaimana. Baitul mal dan ghanimah itu milik Rasulullah ya benar, tetapi dimana dilaburkan Rasulullah? Jangan hanya menyatakan bahawa Nabi saw punya banyak harta begitu dan begini, namun tidak mencontohi Rasulullah dimana penggunaan harta tersebut. Ketika nabi saw wafat apa yang ditinggalkan untuk isteri2nya? Adakah dengan banyak harta maka nabi saw berbelanja dengan hartanya dengan mengatakan dia mampu....

Jangan kita jadi seperti salafi khawarij (Kata lecturer ana), kerana mengambil nas mengikut kemahuan hawa nafsu kita, menyalahkan orang lain kerana berbeza cara pemahaman dengan kita, dan menghujat mereka (orang lain) dengan menyatakan apa yang tidak dimaksudkan.

umairzulkefli November 2, 2010 at 9:32 PM  

Assalamu’alaikum WBT...

Waaaa...panjang berjela-jela..penatnye nak baca...

Akhi Ipin..
Tentang kefahaman simplistik tu, afwan kalau ana katakan, mungkin antum dan beberapa orang yang ditarbiyah dulu tersilap dalam memahami maksud dan kehendak yang disampaikan. Sebenarnya dari sudut dalil dan hujah yang dikemukakan memang benar pun (CGPA tak ditanya dalam kubur, menikah masa muda itu mudah dan macam macam lagi), Cuma bagaimana kita mengadaptasinya. Ana yakin tujuan disampaikan hal-hal itu adalah untuk membentuk fikrah yang mengutamakan dakwah, bukan tujuannya untuk kita mengetepikan pelajaran. Tetap kecenderungan masyarakat adalah untuk berfikir, “yang penting dakwah, tak payah fikir tentang study.” Lalu study dibakulsampahkan. Lalu dengan dirinya skali dibakulsampahkan universiti.

Bagus antum ungkapkan kerisauan antum terhadap pemikiran masyarakat malaysia ni. Ana memang dah lama nak komen. Masyarakat malaysia memang mudah untuk terjerumus ke dalam pemikiran simplistik ini. Atau boleh ana katakan mereka mudah kehilangan common sense apabila dihadapkan kepada sejumlah prioriti. Kalau tidak ditekankan supaya study, mereka dengan mudahnya melupakan kewajipan study yang sebenarnya tidak perlu diingatkan. Seperti dalam sibuk2 berkempen pilihan raya, sampai terlupa untuk solat. Solat adalah common sense untuk ditunaikan bagi seorang muslim.

Jadi penegasan antum ni sangat-sangat bagus: “kesibukan Rasulullah dalam dakwah dan jihad tidak pernah menyebabkan dia mengabaikan hak keluarganya.”

Tentang bab zuhud, ana rasa kita punya kefahaman yang sama. Semua muslim sepatutnya menjadi seorang yang kaya. Kaya, tetapi bukan mewah. Hidup layak, bukan hidup bertuhan nafsu. Kenderaan yang Rasulullah punyai itu adalah kenderaan yang baik, bukan yang paling mahal. Cuba teliti hadis itu. Makanya kenderaan yang terbaik itu tidak perlu mewah. Dan oleh kerana Rasulullah itu ‘kaya’ menurut tulisan antum tadi, makanya kita sepatutnya mencontohi baginda dengan mentarbiyah keluarga agar hidup susah, agar mereka mampu menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal tiba dalam jalan ini. (tolong jangan berfikir simplistik untuk menanggap seruan ini adalah agar kita ada alasan lepas tanggungjawab beri nafkah pada keluarga ya.)

umairzulkefli November 2, 2010 at 9:33 PM  

Berkenaan Jihad Qital,

Abang Ucop kita Yusuf Qaradhawi(YQ) telah menulis kitab Fiqh Jihad yang menerangkan soal Jihad. Jihad Qital ini dibahagi kepada 2: Ofensif dan defensif. Seruan jihad yang ofensif ini adalah berbentuk menakluki serta membuka kawasan baru. Hukumnya adalah fardhu kifayah. Adapun yang defensif adalah bentuk mempertahankan negara apabila diserang musuh. Tuntutannya adalah fardhu ‘ain. Setiap individu wajib untuk mempertahankan negera, biarpun apa alasannya.

Dengan memerhati keadaan umat di malaysia ini, ana yakin kita sepakati bahawa kita sedang diserang dengan sangat hebat dengan sarana Ghazwu Al-Fikri. Sehingga kesannya adalah keruntuhan akhlaq serta moral masyarakat yang amat dahsyat. (buang bayi, zina berleluasa, bunuh, rogol, ragut, dll). Makanya kita sekarang adalah kewajipan bagi kita untuk bangkit berjihad melawan musuh-musuh yang sedang menyerang ini. Dakwah & tarbiyah perlu dihidupkan dengan baik (Halaqoh, Dauroh, Mukhoyyam, Rehlah, etc..) Hakikatnya kita sedang berperang, tetapi bukan dengan senjata, tetapi dengan pemikiran. Maka wajib setiap daripada kita keluar berjihad (baca: dakwah)

Berkenaan hal birru walidain, menurut Ustaz Ihsan bin Ibrahim, Lulusan Kuliah Usuluddin, University Al-Azhar Cawangan Dasuq, Mesir. Yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, Surah Luqman, [31:14] itu adalah untuk berbuat baik kepada ibubapa. Cukup sekadar menghormati mereka sehingga mereka berasa senang hati. Birru walidain tidak menyuruh kita taat kepada ibubapa. Ketaatan tertinggi itu adalah kepada Allah, Rasul dan Jihad. Sekiranya permintaan ibu bapa menjangkaui perintah Allah, Rasul dan Jihad, maka kita tidak wajib mengikutinya. Jika ibubapa memerintahkan kita meninggalkan dakwah serta aktivti-aktivitinya, jawapannya sudah jelas bahawa kita tidak tidak boleh taat. Sekali lagi masyarakat Malaysia terjerumus ke dalam pemikiran simplistik, bahawa apabila tidak perlu taat perintah ibubapa meminta meninggalkan jihad maka bolehlah melawan ibubapa. Pemikiran songsang datang dari mana ini? Sehingga mereka kehilangan common sense bahawa menghormati ibu bapa itu merupakan kewajiban seorang anak yang tidak perlu diajar lagi. Dakwah tidak pernah meminta para jundinya melawan ibubapa, tetapi jundi yang kurang kefahamanlah yang sendiri melakukannya. Makanya untuk masyarakat ini memang perlu diperingat lebih. Kerana mereka mudah terjerumus ke lembah pemikiran simplistik dan kehilangan common sense.

Kesimpulan yang ana hendak bawakan cumalah keutamaan menunaikan hak-hak Allah, Rasul, Dakwah dan Jihad itu lebih utama berbanding mentaati kehendak ahli keluarga yang kini terkena Ghazwu Al-Fikri. Sehingga kehendak mereka menyebabkan terhambatnya dakwah kita. Oleh itu mereka perlu kita dakwahi. Kerana ibubapa kita bukannya Yusuf Qaradhawi mahupun Hassan Al-Banna. Mereka tidak faham akan dakwah. Maka kitalah yang perlu bersabar dalam memahamkan mereka.

Wallahua’lam

p/s : Ana rasa cukup post berkenaan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan poligami di sini. Selepas ini kalau ada post yang tidak berkaitan ana akan delete serta merta. Kalau tetap ingin teruskan perbincangan, sila buka post di forum mana-mana atau tulis sahaja entri baru di blog antum semua.

Unknown November 2, 2010 at 10:33 PM  

subhanallah..
hangat jugak topik ni...

SIMPLISTIK

asif jiddan jika ana menyampuk.ana antara org terawal yg ditarbiyyah. ana rasa bkn akh ipin je yg merasa begitu, ana pun merasa begitu. dan ramai lagi yang sebatch dengan ana pun merasa begitu. mungkin masa tu antum ditarbiyah oleh orang lain akh...

ataupun kami yang beramai2 salah faham..wallahualam

tapi, itu dulu, bak kata akh ipin:"Ini cerita lama, mungkin tidak berlaku lagi"..

alhamdulillah.. sekarang sudah banyak perubahan ke arah kebaikan kerana banyak ikhwah dan akhawat yg rajin membaca dan ini banyak membantu membuka minda.secara tak langsung membuat perbaikan pada binaan kebawah2. alhamdulillah..

semoga kita semua mendapat redha ALLAH dalam setiap perkara yang kita lakukan.
hidupkan ISLAm di hati-hati manusia!
ALLAHUAKBAR!

Unknown November 2, 2010 at 10:37 PM  

kepada akh umair dan akh ipin

jzklh atas perkongsian..
byk input2 baru membuka minda yang ana dapat..

teruskan menulis akh..
:)

Abu Humaira November 3, 2010 at 12:29 AM  

Asif jiddan andai komen kedua ana out of topic. Itu adalah respon kepada reply yang out of topic juga. Ini respon yang terakhir yang akan sikit out of topic (harap tak delete). Pada komen pertama ana tu, point ana ialah:

1) Kita tidak boleh menafikan hak isteri walaupun sesibuk mana kita di dalam dakwah. Sekiranya mereka redha itu isu lain. Ana rasa kita sepakat perkara ini.
2) Fikrah simplistik di dalam pernikahan. Memandang 'mampu' hanya dari sudut syariatullah tanpa memandang sunnatullah adalah sebuah kesalahan. Ana rasa kita pun sepakat dalam perkara ini.

Dan ana rasa kita semua setuju tentang kewajiban memenuhi hak, bukan kehendak. Memenuhi hak Allah, Rasul dan Jihad melebihi KEHENDAK ahli keluarga adalah benar. Memenuhi HAK keluarga pula adalah sebahagian dari memenuhi hak Allah dan RasulNya kerana itu adalah perintahNya. Setuju?

Abu Humaira November 3, 2010 at 12:42 AM  

Ana rasa ada beberapa perkara lagi yang perlu diperbetulkan:

1) Unta Rasulullah yang dikenali sebagai Unta 'ar rahilah' (unta merah), quswah namanya kalau tak silap, memang yang paling mahal harganya.

2) Rasulullah saw wafat memang tidak meninggalkan harta kerana para nabi memang tidak boleh mewariskan harta. Oleh sebab itu ketika mana Fatimah menuntut sebidang tanah di Fida' milik Rasulullah, tidak dibenarkan oleh Abu Bakar kerana Rasul dan para Nabi tidak boleh mewariskan harta. Tanah di Fida' akhirnya diambil oleh Baitul Mal.

3) Tetapi banyak hadis dari Rasulullah yang memerintahkan kita untuk meninggalkan harta sebelum meninggal dunia. Allah juga memerintahkan kita untuk mempunyai simpanan setahun nafkah sebelum meninggal dunia. AlBaqarah 2:240.

4) Uthman ra ketika wafat mewariskan 1/4 hartanya kepada keluarga besarnya dan sekiranya dihitung dengan nilai sekarang, melebihi harta orang terkaya di dunia sekarang.

5) Kefahaman kita tentang birrul walidain ana rasa tiada bezanya. Ana telah menulis lengkap di sini http://www.halaqah-online.com/v3/forum/index.php?showtopic=264&hl=

Abu Humaira November 3, 2010 at 12:43 AM  

6) Satu point yang perlu diperjelaskan ialah menghormati ibubapa sehinga mereka rasa senang hati.Ada ikhwah/akhwat mendapat satu pengarahan dakwah, tetapi tidak dipersetujui keluarga, ibunya menangis nangis, mengunci pintu, tidak mahu makan pemberian anaknya, ayahnya langsung tidak mahu berbincang sebagai tanda protes. Bagaimana? mungkin antum boleh buat post baru menjelaskan perkara ini.

7) Ana menjelaskan tentang kekayaan milik Rasulullah (ana juga dah memberitahu tentang kedermawanan Rasulullah) adalah untuk menjelaskan bahawa Rasulullah bukan berdakwah dan berjihad sampai mengabaikan tanggungjawab menafkahkan keluarga. Tentang tarbiyah anak anak dan isteri dengan kesusahan supaya mereka bersedia menghadapi kemungkinan akan datang, ana setuju. Tiada masalah apa apa di situ.

8) Tentang ana dan beberapa ikhwah yang salah faham pada awal tarbiyah, for the sake of argument, tidak mengapa sekiranya dikatakan ana yang salah mengadaptasi. Tetapi ana menjelaskan perkara itu adalah untuk menjelaskan betapa mudahnya pemuda pemuda ini terjerumus kepada fikrah simplistik. Alhamdulillah antum dah jelaskan dengan baik.

9)Ana tidak menafikan kewajiban dakwah. Tetapi kondisi dan hukum dakwah dalam keadaan aman tanpa peperangan tentu berlainan dengan kondisi jihad qital. Wallahua'lam sekiranya Prof YQ kata sama. Nanti ana baca buku tu.

10) Ana bersetuju akhowat perlu ditarbiyah supaya ketika berumahtangga nanti jangan terlalu menuntut hak, walaupun itu memang hak mereka. Tetapi, point ana yang paling ana tegaskan ialah sebagai ikhwah, jangan ada pemikiran untuk mengabaikan hak. Itulah mengapa ana mengatakan sekiranya isteri redha, itu isu lain.

11) Hidup kaya tetapi tidak mewah. Ana setuju. Tetapi MEWAH perlu didefinisikan secara lurus. Prof YQ memiliki rumah yang dihitung mewah, kenderaan yang dihitung mewah, pada pandangan kita. Adakah beliau cakap tidak serupa bikin, atau beliau memahami definisi MEWAh yang lain. Ana rasa ini boleh dijelaskan oleh artikel Ust Zaharuddin yang ana bagi link sebelum ini.

'Ala kulli hal, seronok berdiskusi dengan antum. Akhirnya, banyak point yang kita setuju. Ketika mana kita mengeluarkan pendapat, bersedialah untuk dikritik dan diluruskan dan juga kita juga harus kembali meluruskan. Mudah mudahan dengan penuh ukhuwah dan tidak terpengaruh emosi. Seperti kata Imam as Syafie : "Aku sentiasa mengharapkan kebenaran itu hadir dari orang yang menentang pendapatku".

Wallahua'lam.

Unknown November 3, 2010 at 1:35 AM  

Afwan2..
Seronok baca komen2 panjang lebar para du'at.. tapi dah macam nak cerita pasal al-fatihah, tiba-tiba masuk cerita saad, al-hujuraat, al-falaq dan sebagainya. Nasib baik last2 kembali ke pangkal jalan. ('Like'-ala-fesbuk perenggan terakhir Abu Humaira)

komen ana sebagai saudara baru dalam dakwah tarbiyyah ni, ana bersetuju dengan perkara utama artikel ni (poligami) walaupun ana belum bernikah. Bagi ana, apa yang penting ialah berlapang dada dan saling takaful dalam berumah bertangga.

Sebagaimana para ikhwah risau jika tak berlaku adil, di situlah peranan zaujahnya menghiburkan hati si suami. Dan sebagaimana para akhawat risau akan cemburunya, maka di situlah peranan zaujnya untuk 'score points' dan menenangkan hati sang isteri.

sekadar pendapat yang daif..
Wallah a'lam

fakrur radzi November 3, 2010 at 7:21 AM  

Subhanallah...Allahu akbar..

bukan senang kita nk dptkan perbahasan sebegini... mungkin x da dlm satu buku pon.. perlu ditilik dicari dlm byk rujukan.

jzkk pada akh umair kerna bukak topic ni n akh abu humaira pada penjelasan yg cukup baik dan tersusun serta yg lain2 jgk.

cumanya... kalu yg terkeruh tu dimaafkan.. jgn ikut perasaan, nnt yg plg bahagia adlh si setan laknatullah. kita berdiskusi utk mencari kebenaran bukan untuk memburukkan yg lain. pertahankan pendapat adalah wajar tp saringlah dengan kesabaran.

anyway...tahniah pada semua...
biarkan amal berbicara...Allah maha tahu atas segalanya...

dinlove November 4, 2010 at 12:42 AM  

ketika ana bertanyakan soal poligamy pada akwt tu,bukanlah suka-suka untuk menguji,bukan juga spt ramai org ramai fikir untuk memenuhi KeHENDAK berpoligamy atau kata orang ummun "nafsu kuat la tu".

....ketika itu ana berpegang KEPERLUAn berpoligamy.....

kerananya itu adalah penyelamat akwt2 kita(setuju dgn artikel di atas sebelum ia ditulis)dan yg lebih utama ana mahu menunjukan qudwah pada umi dan ayah ana yg diuji masalah ni,terutama ummi ana.Jadi alasan ana kuatkan.?(bukan spt ikhwah yg ana survey,saja2 uji.
-cemburu ana bila bakal zaujah okey je masa mereka tanya.harap ok masa depan umahtnga mrk...tapi bila time ana tanya soalan tu....ana ditolaknya,takpe ana optimis allah ganti yg lebih baik).
ketika itu ana meraskan keperluan untuk tanya juga pada takruf berikutnya dan berkeras juga...

....sehinggalah ana banyak membaca lagi... dan bertanyakan ikhwah yg dah nikah tentang soalan ana dgn sebab spt yg ana sbutkan ...paling banyak bacaan ana pada tulisan ustaz hasrizal(saifulislam.com)...
dan jawapan ramai ikhwah yg dah nikah pulak:"antum nikah sorang dulu baru tahu.(jwp lain,baru antum tahu langit dan bumi),(jwpn lain baru akan tahu beza teori dan praktikal)...

setelah muhasabah panjang 3-4 bulan lalu,dah juga lalui ramadan....dgn nasihat dan bacaan...ana merubah ijtihad utk tak tanya lagi.ana setuju atas nasihat yg byk dr ust hasrizal,fikiran simplistik,...dan "yg lebih penting antum belum kenal wanita.nikah lah sorg dulu baru akan tahu"

akwt tetaplah wanita,sehebat mana pun dia......,antum pandai "berkomunikasi" dgn dia mudah lah antum.bukan kerana mereka tidak tahu dan beriman dgn ayat allah,cuma mencetus MAHU mereka memerlukan antum MAMPU buktikan dulu.

ps;

1.kpd akwt jika ada ikhwah masa takruf suka2 tanya soalan poligamy tanpa alasan yg kuat,jgn ragu untuk ajar ikhwah yg tak matang tu...,suruh dia berguru dan saifulislam dulu.kalau masih degil,pandai2 la ukhti nak terima atau tidak...

2.kpd ikhwah,jika ada akhwat buat perangai anna afatunisa(ketika cinta bertasbiah),jgn ragu untuk tolak akhwat,atau suruh di berguru kembali dgn murrobi/ah nya.

by:addinlove

Ibn Yunus al-Kulimi November 18, 2010 at 8:04 PM  

apabila ISlAM yg indah ini kian di pandang buruk akibat PROMOTER2 yg tahi.... bukan masalah mata yg melihat.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP