Perkongsian: Kereta
“Akhi, kalau ana guna kereta Vios, ok ke berbanding Nissan
Sunny?”
“Antum nak guna untuk apa?”
“Dah namanya kereta, takkan nak guna untuk menyelam. Guna
untuk jalan di jalan rayalah..”
Berderai tawa antara kami. Hasif yang sedang menyedut air epal
susunya hampir menyemburkan isi mulutnya.
“Memanglah, antum nak guna untuk pergi mana?”
“Kalau antara rumah ana dengan UTP je? Minyak jimat ke?”
“Sebenarnya akh, kereta ini dia ikut macam mana kita bawa.
Kalau dari UTP ke rumah antum, tapi bawa macam ana bawa, sekejap je minyak
habis.”
Sekali lagi berderai tawa kami. Akhi Firdaus, sememangnya
terkenal dengan cara pemanduan F1. Mottonya, ‘Biar cepat, asal selamat.’ Walaupun
keselamatan pemanduannya diragui oleh ramai ikhwah-ikhwah lain. Tetapi dia
tetap yakin dengan cara pemanduannya.
Persoalannya bukanlah jenis kereta yang dipandu
Ya, tetapi ia bergantung kepada siapa yang memandu.
Dan yang lebih penting, bagaimana cara dia memandu.
Begitu jugalah dengan diri kita. Untuk mencapai destinasi, ramai
antara kita diberi ‘kereta’ yang hebat. Namun, berapa ramai yang menggunakan ‘kereta’
mereka dengan sebaiknya?
Masuk ke universiti sebagai ‘kereta’ untuk menambah ilmu dan
menambah kenalan. Namun berapa ramai yang menggunakan ‘kereta’ itu untuk
bermaksiat?
Tubuh badan yang sihat sebagai ‘kereta’ untuk beribadah
kepada Allah dan menambah pahala, namun berapa ramai yang mengkufuri nikmat
tersebut dan memandu ‘kereta’nya ke arah menjauhkan diri daripada Allah?
Dan yang paling hampir dengan kita, Ramdhan sebagai ‘kereta’
untuk menuju taqwa. Berapa ramai yang menggunakan ‘kereta’ ini untuk
mencapainya? Atau ‘kereta’ ini hanya digunakan sebagai peluang untuk berbisnes
di bazar Ramadhan, tempat berpura-pura bertaubat dan kembali bermaksiat di
bulan seterusnya?
Bahkan yang lebih teruk, ‘kereta’ ini langsung tidak dipandu
untuk menuju destinasinya.
Tepuk dada, tanya iman.
Ramdhan yang telah berlalu, bagaimana kita menyikapinya?
Ramdhan yang masih berbaki, apa rancangan kita untuk
memaknainya?
Pandulah ‘kereta’ Ramdhanmu.
Salam sejahtera buat para pemburu Lail Al-Qadr.
p/s: Saya sudah ada fanpage. Jemput lawat: https://www.facebook.com/shotulikhwah?ref=hl
1 comments:
ana sentiasa support.insya Allah...lepas ni rajin2 la update..huhu, mungkin lebih ramai yang akan tersentuh dengan izin Allah..
wa kafaa billahi syaheeda.
Post a Comment